Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Wednesday, June 3, 2009

Petikan Artikel harianMETRO

Khamis, 04 Jun 2009
Sebenarnya memakan ulam sudah lama menjadi budaya hidup nenek moyang masyarakat Melayu dan kini semakin menjadi trend utama generasi baru sama ada di luar bandar atau bandar.

Orang dulu mengamalkannya secara berterusan dan mereka sihat walaupun sudah lanjut usia.

Ini kerana ulam-ulaman mengandungi banyak sumber vitamin dan mineral seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan sebagainya yang berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Apakah anda biasa memakan ulam dan apakah jenis ulam-ulaman yang biasa anda makan?

Pegaga adalah satu daripada contoh ulam yang biasa terdapat di Malaysia. Pegaga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah. Ini penting kepada manusia kerana saluran darah yang sempurna memainkan peranan utama dalam menjana tubuh manusia berada dalam keadaan sihat dan bertenaga.

Selain itu, pegaga dikatakan penting dalam operasi pertumbuhan rambut dan menguatkan gigi.

Jadi di sini jelas kepada kita pegaga walaupun murah harganya, tetapi khasiatnya amat banyak dan bermanfaat besar kepada pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia.

Tidak hairanlah sekarang masyarakat moden tanpa mengira bangsa sedar dan mencari pegaga sebagai makanan harian.

Petai juga memiliki khasiat penting untuk kesihatan. Ia tumbuh di kawasan hutan beriklim khatulistiwa.

Apakah khasiatnya? Petai sejak dahulu digunakan sebagai kaedah untuk membantu mencegah penyakit kencing manis atau diabetis.

Begitulah hebatnya anugerah Allah kepada manusia bukan saja berkhasiat dan enak dimakan, tetapi mengandungi bahan ubat untuk merawat penyakit.

Cekur manis pula dapat membantu mencegah penyakit sengal tulang, demam dan batuk.

Jering seperti petai, membantu mengubati penyakit diabetis atau penyakit kencing manis, pucuk betik sangat berkhasiat untuk proses penghadaman.

Selain pucuk betik, pokok gajus sama seperti pokok betik. Buahnya sedap dan pucuknya juga berkhasiat.

Pucuk gajus dikatakan berguna untuk membersihkan darah. Sebab itulah sekarang pucuk gajus sudah berada di hotel berkelas lima bintang kerana khasiatnya pada tubuh manusia.

Pucuk putat berkhasiat untuk mereka yang sentiasa pening, penyakit darah tinggi dan membersihkan darah.

Satu lagi ulam-ulaman ialah ulam raja yang dikatakan sangat baik untuk membersihkan darah serta menguatkan tulang manusia.

Jadi, daripada beberapa contoh ulaman, dapatlah dikatakan sumber alam di negara ini amat kaya dengan bahan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan.

Promosi secara meluas seharusnya dilaksanakan secara berterusan supaya semua lapisan masyarakat menyedari di sekeliling mereka mempunyai khazanah sumber pemakanan yang baik untuk kesihatan....

sebenarnya byk lagi khasiat2 tumbuhan yg Allah SWT ciptakan begitu berguna untk kesihatan kita, cumanya kita sahaja yg tdk ambil kisah tentangnya...Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia, semuanya ada kelebihan dan kepentingannya...sebagai makhluk yg istimewa gunalah akal fikiran yg Allah SWT anugerahkan utk menilai sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya agar tidak melanggar syariat yg telah ditetapkan..

No comments:

Post a Comment