Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Sunday, March 29, 2009


SAHABAT,

Usia yang Allah kurniakan ini,
Hiasilah dengan amalan yang murni,
Semoga ia menjadi TEMANmu
diAKHIRAT yang kekal abadi...

untuk Sahabat yang teristimewa (Selamat Hari Lahir)


*Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.
Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, seorang yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, seorang yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi (keseorangan) lalu mengalir air matanya" (Riwayat Bukhari & Muslim)Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda: "Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit:"Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Memang orang sifatnya demikian sangat sukar didapati pada zaman ini, meskipun tidak dapat dinafikan mereka itu ada dalam masyarakat kita masa ini, tetapi terlalu sedikit sekali bilangannya. Mereka tidak semestinya datang dari kalangan saudara-mara, atau kaum kerabat sendiri. Tetapi kalau ada memang itulah yang paling baik sekali, supaya hubungan keluargaan itu menjadi lebih erat dan berpanjangan. Memang itu merupakan suatu nikmat, apabila ada seorang saudara sedarah sedaging mengambil berat terhadap saudaranya, masing-masing memberikan perhatian kepada yang lain dalam serba-serbinya di kehidupan ini.

Yang anehnya, bila orang-orang seperti ini datangnya dari luar kaum kerabat, seperti teman rakan dan sahabat yang tiada hubungan darah di antara kita dengannya, tetapi hubungannya dengan kita dan pengambil-beratannya dengan diri kita justeru lebih teguh dan erat dari kaum kerabat sendiri. Itulah tandanya persaudaraannya kerana Allah Ta'ala, yang kerana ikhlasnya dalam persahabatannya itu, dia malah memandang kepada kita. Orang-orang yang semacam inilah yang sangat dikasihi oleh Allah Ta'ala, yang disebutkan dalam sabdanya di atas, bahawa 'Aku akan menaunginya nanti di Hari Kiamat di bawah naunganKu!', firman Allah Ta'ala.Bertuahlah siapa yang sudah mendapat taufiq daripada Allah untuk bersifat dengan sifat ini. Ini adalah kurnia luar biasa, sebab itulah balasannya juga adalah luar biasa. Kalau sudah dijanji Allah akan mendapat lindunganNya di Hari Kiamat, tentulah hidupnya di dunia ini akan dilindungi Allah pula, supaya dia berjalan di atas jalan yang diridhaiNya, tiada menyelewang dari jalanNya yang lurus. Berbahagialah orang ini, dan mudah-mudahan kita juga akan diberi Allah taufiqNya untuk menjadi orang yang seperti ini, Insya Allah Ta'ala.

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :

  • Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
  • Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
  • Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
  • Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
  • Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
  • Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah.

Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga."Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat. Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam." (Riwayat Muslim)Sesungguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.

Fahamkanlah maksud Hadis ini baik-baik, moga-moga Allah merahmati anda! Dan membimbing anda ke jalan yang diridhaiNya, agar anda disayangiNya, serta diberikanNya balasan besar yang memang telah disediakanNya untuk siapa yang disayangiNya. Amin.Fatwa Saiyidina Umar r.a :“Orang yang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya, kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhlaknya, lanjut akalnya, dan di waktu mudanya bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan dari sahabatnya, maka tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu terhadapnya. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut dikhianati, maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara.

Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan apabila putusnya persahabatan itu.”"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah:24)Ya Allah, jauhilah aku dari cinta panahan syaitan, berikanlah cintaku ini kepada seseorang yang sangat mencintaiMu...lapangkanlah hati ku ini dengan cintaMu yg sejati...sekiranya dia bukan Kau ciptakan buatku, maka Kau jauhkan lah dia dari pandanganku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus bercinta denganMu.

Doa Rasulullah s.a.w.: Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".

[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]

Saturday, March 28, 2009

Produk BARU di pasaran



waktu operasi ROC 11.30am - 3.00pm/6.00pm - 11.30pm




antara menu yang di sediakan berserta harga


Nawaitu


Marilah sama2 kita berFIKIR...SENSITIFkah kita sebagai Umat ISLAM

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI


1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)


1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina

14. Beehon Segera Siam
15. Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam

16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )


1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15 Cake Mets Vilber Punch
16 Coklat Cake
17 Tepung Kastard Lady's Choice
18 Semua jenis Jelly
19 Semua jenis gincu bibir
20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA


1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan di atas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Friday, March 27, 2009

wahai Sahabat sePERJUANGAnku...

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
_________________
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

Wednesday, March 25, 2009


Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang berharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

ya Allah…

jagalah Sahabatku dalam agama-MU
Kuatkan pijakan kakinya dijalan-MU
Kuatkan Jasadnya dengan Rahmat-MU
Buatlah dia tersenyum kelak ke surgaMU

(doa dari sahabat sejati)
Moga Tuhan meredhoi persahabatan kita


Tuesday, March 24, 2009

Program Nisa' Pulau Pinang Sedim Eko Park

peserta kem remaja Solehah

Pengambilan Pelajar ITHPA

Pengambilan pelajar untuk Institut Teknologi HPA akan diadakan segera , mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan bagi menghadiri temuduga terbuka.Syarat-syarat kemasukan ke Institut ini adalah seperti berikut:-

1. Memiliki sekurang-kurangnya diploma atau ijazah dari mana-mana universiti dalam

atau luar negara.

2. Berminat untuk mengikuti salah satu dari 3 program yang ditawarkan iaitu:-

a. sijil pengurusan ladang organic.

b. sijil pengurusan restoran segera RFC

c. Sijil Pengurusan Peniagaan MLMS.

3. Tempoh pendidikan : 1 tahun (termasuk teori dan praktikal)

4. Pembiayaan setahun : RM 3000 sahaja.

5. Kaedah pembelajaran : sepenuh masa kecuali hari minggu.

6. Asrama disediakan, makan dan minum (sendiri)

7. Mereka yang lulus akan mendapat tawaran bekerja dengan mana-mana syarikat HPA

yang ada dengan tawaran gaji mengikut skim gaji HPA.

8. Semasa praktikal – elaun di bayar RM 500.00 (paling minimum praktikal 3 bulan)

9. Pelajar yang cemerlang akan terus mendapat offer kerja dari syarikat2 dibawah HPA.

Penerangan lengkap akan diberikan pada pelajar yang terpilih.Mohon segera ke bahagian latihan (en jafri/azura/sikin/Hamidi)

Friday, March 13, 2009

KURSUS PERUBATAN JAWI & ATTIBBU ANNABAWI

salah satu teknik urutan yang ditunjukkan oleh PJS Sabri bin Ahmad(herbalis HPA)


Sehari bersama PJS Sabri bin Ahmad bagi mempelajari urutan refleksologi di Pusat jualan Padang Temusu, Kedah. Bersama-sama beliau iaitu Ustaz Mohd Nizam bin Isa(Pengerusi PPJN)

Wednesday, March 11, 2009


maksud HARAM-perkara-perkara yang dilarang oleh syarak dengan sebenar-benar larangan.Bagi yang melanggari apa yang diharamkan ini akan mendapat azab di akhirat. Di dalam soal pemakanan, di antara makanan yang diharamkan dalam Al-Quran dan hadith
Babi
Bangkai
Darah
Minuman yang memabukkan seperti minuman beralkohol
Binatang pemaging,burung pemangsa,
Binatang darat tanpa bertelinga luar dll.


Sebarang produk yang dicemari sumber haram juga secara tidak langsung
adalah diharamkan juga pengambilan dan penggunannya.


PERNIAGAAN dari PERSPEKTIF ISLAM

MENUJU puncak bermaksud menuju cita-cita tertinggi. Seorang Muslim cita-cita tertingginya ialah mencapai keredhaan Allah SWT. Jika peniaga dia ingin menjadi peniaga yang diredhai Allah, bukannya hanya mengejar kekayaan duniawi tetapi, mengejar pahala dan ganjaran dari Allah melalui khidmat dan barangan yang ditawarkan kepada manusia dan juga melalui kekayaan yang diraih yang nantinya diinfakkan ke jalan Allah SWT. Cita-citanya tidak lain ialah untuk mencapai kedudukan peniaga yang disifatkan Rasulullah SAW: "Peniaga yang JUJUR lagi AMANAH akan bersama para Nabi, para Siddiqin dan para Syuhada' di akhirat."(Riwayat Imam at-Tarmizi dan al-Hakim dari Abu Sa'id r.a..)

Tuesday, March 10, 2009

Sunday, March 8, 2009

Hpa akan Keluarkan Makanan Dalam Tin

Jika sebelum ini kita gemar akan makanan dalam tin, salah satunya adalah mudah dan cepat maka HPA berusaha dan cuba untuk memenuhi kehendak pengguna mengikut arus kehidupan agar Umat Islam memakan makanan yang Halal lagi baik...Kini HPA mula merancang bagi mengeluarkan makanan dalam tin seperti sardin,daging lembu,daging kambing,ayam dan itik. Ini merupakan satu langkah kehadapan bagi menyiapkan produk halal dalam bentuk tin. Produk ini akan memenuhi pemintaan tempatan dan import InsyaAllah. Sekali lagi ummat Islam diberikan pilihan untuk memilih sesuatu yang terjamin halal dan bersihnya. Kita mewujudkan perniagaan ini kerana amanah bukannya semata-mata untuk bersaing di pasaran terbuka. Amanah daripada Allah agar memakmurkan bumi ini dengan sesuatu yang halal dan baik. Ahli-ahli HPA merupakan penyumbang saham terbesar dalam menentukan survivalnya HPA untuk hari ini ,esok dan akan datang Biiznillah. Amin.

Kita harus bergerak pantas bagi menyelamatkan ummat dari terus menggunakan produk haram di pasaran. Tidak ada masa untuk bercakaran dalam polimik peniagaan dan isu yang tidak berkesudahan

Kedai Komputer HPA



Memenuhi keperluan syarikat, ahli dan bukan ahli kini HPA telah siap membuka sebuah kedai computer atas nama HPA Multimedia & servis di lot berhampiran dengan Jawi Herbs Shop.Ahli-ahli boleh mendapatkan computer,LCD,alatan-alatan computer dan termasuklah pembaikan computer .Adalah diharapkan kedai computer ini akan menjadi salah satu tempat dimana ahli-ahli terutamanya berbelanja.

Disini juga akan dibuka kelas computer kepada anak-anak ahli disamping kemudahan internet café .Kedai ini di uruskan oleh saudara Hafiz Ismail dan dibantu oleh saudara Suhairi ,dimana kedua-duanya mempunyai kelulusan dalam bidang computer Multimedia.InsyaAllah.