Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Friday, February 20, 2009

Carilah Produk yang HALAL lagi BAIK

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi YANG HALAL LAGI BAIK, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al-Baqarah : 168)
Beberapa kali Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran serta hadis-hadis Nabi SAW yang menekankan kepada umat Islam keseluruhannya bahawa makanan yang dimakan dan dinikmati
MESTILAH dari yang HALAL & baik. Begitu juga perkara syubhah, seboleh-bolehnya hendaklah dijauhi. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan daripada Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhah yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhah, dia telah bebas(dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhah, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa(kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa sahaja yang diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yanh dikatakan HATI". (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram" (HR Imam Ahmad). Manakala dalam hadis yang diriwayatkan at-Thabarani Baginda SAW bersabda maksudnya: "Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya."

Di dalam perkara memilih makanan harian, kebanyakan dari kita lebih mengutamakan khasiat zahir makanan tersebut seperti kandungan vitamin, protein dan sebagainya tanpa mengambil kira keHALALannya. Tabiat seumpama ini, biasanya timbul daripada keJAHILan dan sikap kurang prihatin terhadap ajaran agama Islam. Tetapi ada juga yang sengaja degil dan tidak menghiraukan ajaran ISLAM walaupun telah jelas HUKUMnya.


Hatta Seekor tikus pun mencari sesuatu yang halal inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran.

"eh! Tikus tu guna ubat gigi HPA lah..."

"Mestilah, ubat gigi HPA banyak khasiatnya"
.

"Apa khasiatnya?".

"Khasiatnya ialah...ia mengandungi 2 herba terpilih, CENGKIH & DAUN MAMBU.
Cengkih adalah herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi & seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegarkan & menghilangkan bau mulut. Daun Mambu pula adalah herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai anti-septik @ anti bakteria bagi mencegah masalah gusi & gigi berlubang."

"Banyak betullah khasiat ubat gigi HPA, alhamdulilah..inilah yang saya cari-cari selama ni."

"Ya, ia bukan sahaja dapat memutihkan gigi, merawat gusi berdarah,menghilangkan
plak, menghilangkan bau mulut, menguatkan gigi malah ubat gigi HPA bebas daripada Dicalcium Phosphate(DCP)."

"Dan yang paling penting HALAL".

"Betul Betul Betul ... : - ) ".

No comments:

Post a Comment