Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Friday, October 7, 2011

Jaga kecantikan dengan Produk HALAL

Muslimah sekarang terdedah dengan pelbagai produk kecantikan...adakah kerana ingin cantik muslimah sekarang langsung tidak menghiraukan kosmetik yang benar-benar Halal digunakan. Sedarlah muslimah! perkara yang paling penting harus dititikberatkan adalah dari segi keHALALAN produk yang dipakai bukan hanya cantik sahaja yang perlu diutamakan.


Standard Halal
Kosmetik harus memenuhi syarat standard halal jika produk-produk kosmetiknya ingin mendapatkan label halal. Syarat tersebut mengacu pada bahagian yang relevan dari standard makanan MS 1500. Standard MS 1500 menetapkan bahwa semua kandungan harus memenuhi persyaratan syariah dan kehalalan, tidak boleh ada zat yang haram seperti alkohol atau bahan-bahan yang berasal daripada babi dalam produk tersebut. Selain itu, kandungan yang digunakan untuk memproduksi suatu produk, harus disimpan, diolah dan dikemas sesuai aturan standard kehalalan yang ketat. 
Tapi, untuk menentukan produk kosmetik mana yang akan dipilih, para muslimah juga harus mempertimbangkan produk kosmetik yang mudah dibersihkan saat igin melakukan solat.
Memilih kosmetik halal memang penting. Tapi yang perlu diingat bagi para Muslimah adalah penampilan fizikal cuma salah satu aspek dari kecantikan. Tidak ada salahnya bagi seorang perempuan untuk mencantikkan dan merawat dirinya tapi jangan sampai tahap memperindah penampilan fizikal melenyapkan seluruh potensi yang ada pada diri masing-masing. Kecantikan yang sejati terlihat dari perilaku kita sehari-hari, cara kita menjalani hidup, rasa cinta dan kasih sayang yang kita tebarkan pada orang lain.  
Oleh itu, selidikilah produk kosmetik yang ingin dipakai dengan sedalam-dalamnya, kerana semua perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan disoal oleh Allah walaupun sebesar zarah.

Berkongsi Pengalaman:
Suka saya berkongsi sedikit pengalaman yang ada berkenaan mencari & menggunakan Produk Kosmetik Halalan Toyyiba, InsyaAllah. Sehingga sekarang, hampir 4 tahun saya menggunakan sepenuh produk 100% milik syarikat bumiputera Muslim tidak lain dan tidak bukan ialah syarikat HPA. Selain Produk Penjagaan Diri, 'Skin Care', produk kesihatan, makanan dan seluruh yang menjadi kelengkapan seisi rumah. Alhamdulillah...inilah berkat daripada kesungguhan kita dan keyakinan untuk terus menggunakan produk yang halal....sebelum saya menemui produk ini saya mengalami masalah kulit wajah yang amat teruk sehinggakan saya malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Saya menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk merawat masalah saya...disamping itu saya juga mengalami migrain yang serius sehinggakan saya terpaksa bergantung dengan ubat kimia untuk mengurangkan kesakitan. Alhamdulillah Allah memilih saya untuk berjumpa dengan produk yang halal, suci lagi baik ini....jadi saya mula mengamalkan produk yang berasaskan herba ini  bermula tahun 2008 secara berterusan sehingga kini....benarlah bahawa setiap apa yang Allah ciptakan itu tidak pernah sia-sia...rupanya tubuh badan manusia hanya sesuai dengan tumbuhan semulajadi yang diciptakan Allah, mengapa kita tidak mahu ambil pengajaran daripada apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran dan yang di bawa oleh Rasul kita Muhammad saw...syukur kini kulit saya menjadi lebih cantik dan saya juga amat bersyukur kerana saya juga mendapat pelbagai ilmu di dalam perniagaan HPA ini sebagai Perawat Kesihatan....insyaAllah masih banyak ilmu lagi yang saya ingin timba...moga2 muslimah diluar sana juga tidak melepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang hal-hal kecantikan dan kesihatan diri...amatlah rugi sekiranya mereka tidak mengetahui akan khasiat herba-herba ciptaan Allah ini. Fikir-fikirkanlah!

No comments:

Post a Comment