Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Monday, June 11, 2012

Pilih yang ORIGINAL


“Orang ramai perlu tahu, jika melanggar hak cipta mengikut Akta Hak Cipta 1987 tanpa lesen atau kebenaran tuan punya hak cipta itu, denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.”

Thursday, May 24, 2012

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah di Cawangan HPA Seberang Perai,Perda.


TERMA DAN SYARAT UNTUK UNDIAN BERTUAH.

PIHAK WAHIDA INCORPORATED MENGALU-ALUKAN PEYERTAAN DARI PIHAK PENGURUSAN CAWANGAN DAN PENGEDAR-PENGEDAR.

1. PEMBELIAN UNTUK MELAYAKKAN PENYERTAAN UNTUK UNDIAN BERTUAH;

                             (1 UNIT SABUN CASSIA + 1 UNIT SHAMPOO WAHIDA 300ML)
                                                              RM20.00
                                                                      @
                              (1 UNIT SABUN CLAY + 1 UNIT SHAMPOO WAHIDA 300ML)
                                                               RM18.00

2. SETIAP BORANG UNDIAN HENDAKLAH DISAHKAN OLEH KAKITANGAN CAWANGAN.

3. CABUTAN UNDIAN AKAN DIBUAT SELEPAS 100 PENYERTAAN DAN BERAKHIR PADA 30HB JUN 2012.

 4.         6 UNDIAN BERTUAH YANG TERPILIH

 UNDIAN 1 : 1 UNIT SET CAWAN + 1 UNIT PENCUCI PINGGAN IMAN

 UNDIAN 2 : 1 UNIT SET HIDANGAN + 1 UNIT PENCUCI PINGGAN IMAN

 UNDIAN 3 : 1 UNIT BEG SEKOLAH HPA BERWARNA HITAM + 1 UNIT       PENCUCI PINGGAN IMAN

 UNDIAN 4 : 1 UNIT BEG SEKOLAH HPA BERWARNA HITAM + 1 UNIT PENCUCI PINGGAN IMAN

 UNDIAN 5 : 1 UNIT BEG SEKOLAH HPA BERWARNA OREN + 1 UNIT PENCUCI PINGGAN IMAN

UNDIAN 6 : 1 UNIT BEG SEKOLAH HPA BERWARNA OREN + 1 UNIT PENCUCI PINGGAN IMAN

5. HEBAHAN TENTANG CABUTAN UNDIAN BERTUAH AKAN DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN
CAWANGAN. (TARIKH DAN MASA)

6. SEBARANG PERUBAHAN PADA TERMA DAN SYARAT UNTUK UNDIAN BERTUAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK WAHIDA INCORPORATED SDN.BHD.




MUNGKINKAH ANDA ANTARA YANG BERTUAH?
AYUH!!!SERTAI SEKARANG.



HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!






HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!








Sunday, May 13, 2012

HANTARAN CINTA UNTUK ROSLINA

Ya Allah!!!betapa aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T. di atas ketentuanNya. Kira-kira jam 12.00tgh. ke Bank Islam untuk memasukkan duit jualan, selepas aku selesai membuat urusan tiba2 keretaku tidak dapat dihidupkan...aku cuba berkali2. Hati aku berdegup kencang, "apa harus aku buat", aku berfikir di dalam hati...aku cuba untuk menghubungi sahabatku di tempat kerja. "Subhanallah! kredit aku habis, macam mana ni Ya Allah...." aku cuba menenangkan hati aku waktu tu....tiba2 baru aku sedar yang beg duit aku juga tertinggal di tempat aku bekerja...."Allah, Allah,Allah..." aku merintih sendiri. dalam aku berdoa tiba2 sebuah motosikal berhenti betul2 di hadapanku. Ya Allah! hebatnya kuasamu....aku menghampiri seorang pak cik yang aku rasa seolah2 aku pernah lihat. Rupanya pak cik Daud yang menjadi pelanggan tetap di kedai aku....Alhamdulillah...waktu itu aku rasakan ingin sujud syukur di saat itu juga, Allah itu Maha Mendengar....terasa panas di pipiku saat itu mengenangkan betapa Allah itu Maha Pengasih & Penyayang.
Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ketika aku baru sahaja berpindah ke Bandar Perda ini....14 Mei 2012.

REZEKI ALLAH.

Ramai-ramai ahli HPA, Allah memilih aku antara yang bertuah....Subhanallah!!! InsyaAllah aku akan menjaga amanahMu ini sebaik-baiknya....Rencana Allah itu amat hebat. Benarlah kata ayah dan ibuku, bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah, "lakukanlah segala kerjamu anakku hanyalah kerana Allah". Terima kasih Allah, kerana menganugerahkan aku ayah dan ibu yang cukup hebat buat diriku dan saudara-saudaraku...merekalah yang  mengajar aku erti ketabahan , yang memiliki semangat yang tinggi dan mendidikku supaya menjadi hamba Allah yang selalu bersyukur, tidak kira pada waktu senang mahupun waktu susah...Alhamdulillah....

HATI yang MEKAR :-)

memandang gambar ini menzahirkan apa yg terbuku di hati milik hamba Allah ini....dengan linangan air mata syukur aku panjatkan di atas anugerah Allah yg terlalu besar.....Nikmatnya Cinta Allah & Cinta Rasulullah. Alhamdulillah....moga dikuatkan iman dan diberi ketabahan di Hati ini agar dapat melalui pedih perit dalam Perjuangan.

Saturday, May 5, 2012

HARI YANG INDAH

Kadang2 Allah sembunyikan matahari...
                   Dia datangkan petir dan kilat...
                        kita menangis dan tertanya-tanya,...
                                              kemana hilangnya matahari...
                                                                Rupa-rupanya.. 
                                                                                    Allah nak hadiahkan kita pelangi...

4 APRIL 2012 DALAM KENANGAN.
MELEPASKAN PENAT LELAH DI KAMPUS ADIK-ADIK TERSAYANG, SAMBIL MENIKMATI  PEMANDANGAN YANG SANGAT INDAH...SYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MENGURNIAKAN SAHABAT-SAHABAT SEJATI BUAT DIRI INI.
"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"
TERIMA KASIH SAHABAT....



Friday, March 9, 2012

Contohi keistimewaan yang ada pada lebah, makhluk ciptaan Allah.







Mukjizat Lebah Dan Madu Dalam Al Quran




Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur. 

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Lebah tidak pernah memulai menyerang. Ia akan menyerang hanya manakala merasa terganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.


Itulah beberapa karakter lebah yang patut diaplikasi oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam.

1) Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

2) “Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang diciptakan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)

3) Dalam al-Quran, madu pun menjadi bahagian kenikmatan syurga sebagai balasan bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. “Perumpamaan jannah yang djanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa yang didalamnya terdapat sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, (Apakah) itu sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong susnya?” (QS. Muhammad : 150)

4) Firman Allah dalam surah an-Nahl :Rasulullah saw Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an, Baginda bersabda: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an."

5) Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."


                                  MAHA SUCI ALLAH!!!




KANDUNGAN MADU ASLI

MENGANDUNGI BANYAK VITAMIN.
-Serbuk sari kebanyakan bunga mengandungi kadar vitamin C yang cukup tinggi daripada jenis sayuran dan buah-buahan.
-Madu merupakan media yang baik bagi vitamin.

MEMILIKI ENZIM PENCERNAAN.
-'Invertase' dan 'amylase' merupakan enzim yang terdapat dalam madu.
-Kedua enzim tersebut berfungsi melakukan proses pencernaan.
-Hal ini berbeza dengan gula tebu dan pemanis lain yang memerlukan 'inverse' dalam saluran pencernaan melalui sejenis enzim agar dapat diubah menjadi gula sederhana.
-Madu dapat dicerna dengan mudah kerana dua enzim yang terdapat didalamnya, serta telah dicerna oleh enzim liur.

MENGANDUNGI MINERAL

TIPS KECANTIKAN MENGGUNAKAN MADU ASLI HPA
untuk merawat masalah jerawat: 
1)Sapukan muka dengan madu 2x seminggu.
2)Minum air 8 gelas sehari.
3)Jangan terlalu lama 'massage' muka.
4)Lebihkan pemakanan yang mengandungi vitamin c.
5)Pastikan tidak sembelit - amalkan minum madu setiap pagi dan amalkan bersama degan set Colon Cleancing HPA untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. -Istiqomah-DENGAN PENGAMALAN YANG BERTERUSAN DAN MENGIKUT CARA YANG DITETAPKAN ANDA AKAN DAPAT HASIL YANG MEMUASKAN. SELAMAT BERAMAL!!!

Untuk memiliki wajah yang lembut dan mulus seperti kulit bayi;
-amalkan membasuh muka dengan air madu sebelum tidur.
-tidak perlu dibilas.
-biarkan ia kering sendiri.
-Lakukan pada setiap hari.
InsyaAllah anda akan dapat memiliki wajah yang diidam-idamkan. :-)

sebarang pertanyaan sila hantarkan ke alamat email: ina_hpa@yahoo.com.my





Thursday, March 8, 2012

Kunyit untuk KECANTIKAN & KESIHATAN

kunyit

                                               Nama Saintifik     : Curcuma Domestica Loir
                                               Nama Biasa         : Tumeric
                                               Nama Tempatan  :  Kunyit

'Tumeric' merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India. 'Tumeric' juga digunakan sebagai bahan pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa sejak 600 SM. Maklumat tersebut telahpun dicatatkan dalam sejarah herba Assyria sekitar 2500 tahun yang lalu. Tumbuhan ini dianggapkan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Dalam sejarah perubatan rakyat India, 'tumeric' dianggapkan sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik sementara pada masa yang sama ia juga digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus. Tumbuhan ini berasal dari Asia Tenggara dan masa kini tumbuhan ini menjadi tanaman perdagangan di China, India, Indochina dan Indonesia.

'Tumeric' merupakan sejenis herba yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan boleh tumbuh sehingga mencapai 1m tinggi. Daunnya berjambak dengan susunan daun secara alternat, berwarna hijau muda. Daunnya licin, lanseolat dengan tepi daun yang licin. Rizomnya beraroma berwarna keperangan dan warna kekuningan di bahagian isi dalam. Pelepahnya berbentuk eliptik, lembut dan berwarna keputihan serta tumbuh secara tegak dan melengkung ke bawah.

KELEBIHAN:
Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, 'neuralgia' (sakit saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik). Ia juga digunakan untuk mencegah serangga. Kunyit kering biasanya digunakan sebagai perasa makanan dan untuk menyediakan bahan pewarna kuning. 
Di Malaysia, kunyit digunakan sebagai kosmetik semasa upacara tradisi. 
Ia juga sebagai bahan utama dalam masakan terutamanya masakan kari. 
Kunyit yang disediakan bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya dicampurkan dengan air perahan limau digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh serta luka. 
Air rebusan kunyit digunakan untuk menyejukkan mata. 
Kunyit yang dipanaskan bersama dengan susu dan gula boleh merawat kesejukan badan. 
Manakala kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu dijadikan sebagai tonik. 
Rizom kunyit yang dilumatkan dan dijadikan sebagai demahan boleh merawat dan mempercepatkan perjalanan air susu dada wanita.

RAWATAN KECANTIKAN DENGAN KUNYIT- DIJADIKAN MASKER MUKA

Ramuannya:   
curcumin HPA, bedak sejuk PUERARIA HPA, air bersih.
kesemua ramuan di atas dicampur bersama kemudian sapu pada  wajah
Biarkan  selama 10-15minit. Bilas dengan air bersih. 
InsyaAllah kulit wajah anda akan menjadi lebih halus. Selamat Mencuba!







Saturday, March 3, 2012

MANA MILIK KITA?


                                               MANA MILIK KITA...
                                               TIDAK ADA MILIK KITA...
                                               SEMUA YANG ADA ALLAH YANG PUNYA...
                                               TIDAK ADA KITA PUNYA...
                                               KITA HANYA MENGUSAHAKAN SAJA..
                                               APA YANG KITA DAPAT ALLAH SUDAH SEDIAKANNYA...
                                             
                                               KITA ALLAH PUNYA...
                                               BUMI LANGIT CIPTAANNYA...
                                               MILIKLAH APA SAJA...
                                               TIDAK TERLEPAS DARI CIPTAANNYA...
                                               MANA KITA PUNYA...
                                               TIDAK ADA KEPUNYAAN KITA...
                                               KITA HANYA MENGUSAHAKAN, APA YANG TELAH ADA...
                                             
                    MENGAPA KITA SOMBONG MEMILIKI ALLAH PUNYA...
                    MENGAPA TIDAK MALU KEPADA ALLAH YANG EMPUNYA...
                    PATUT BERSUKUR KEPADA ALLAH YANG MEMBERI SEGALANA...
                    MALULAH KEPADA ALLAH KERANA MILIK IA PUNYA...
                    JANGANLAH BERBANGGA APA YANG ADA PADA KITA...
                    KALAU ALLAH TIDAK BERI, KITA TIDAK PUNYA APA-APA...
                    JANGANLAH MENGUNGKIT-NGUNGKIT JASA KITA...
                    JASA KITA DI SISINYA...YANG SEBENARNYA ALLAH PUNYA...
                                       
                    MARILAH KITA BERSYUKUR..BUKANLAH BERBANGGA...
                    BERSYUKUR KEPADA ALLAH BUKAN MENGUNGKIT JASA...
                    GUNAKANLAH NIKMAT ALLAH ITU UNTUK KHIDMAT KEPADANYA..
                    SELEPAS ITU LUPAKAN SAJA, AGAR TIDAK MENGUNGKIT-NGUNGKITNYA....

JADILAH KITA MANUSIA YANG TAHU 'BERSYUKUR'



Thursday, February 23, 2012

Ayuh Umat Islam semua kita berHIJRAH

 KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? JANGAN SAMPAI AJAL TIBA BARU KITA INGIN KEMBALI, KETIKA ITU SUDAH TIDAK ADA GUNANYA LAGI....PELUANG TIDAK AKAN DATANG LAGI SETELAH KITA MENGADAP ILAHI. AYUHLAH!

Monday, February 20, 2012



SUSAH SENANG KITA BERSAMA
TEMPUH BADAI OMBAK SAMUDERA
GENGGAM ERAT BERPEGANGAN TANGAN
PERJALANAN KITA MASIH PANJANG

SUSAH SENANG KITA BERSAMA
BIAR JATUH BANGUN SEMULA
SUDAH LUMRAH ORANG BERJUANG
WALAU LELAH DITEMPUH JUA

AYUH KAWAN MELANGKAH TERUS
USAH MEMANDANG JURAM YANG DALAM
HATI TEGUH MELAWAN ARUS
PASRAHKAN HIDUP KEPADA TUHAN

ADUHAI PENGEMBARA
SUKAR BERTEMU POHON YANG RENDANG
TIADA TEDUH UNTUK BERHENTI
GALAS AMANAH PERINTAH TUHAN




HADIAH ISTIMEWA DI HARI LAHIRKU-18 FEB 2012

Menerima Sijil PINTAR HERBA 5 daripada Pengarah Urusan HPA

Tuesday, February 7, 2012

wahai ayah dan ibu

Cinta HATIKU....


Sekiranya anak mak dan ayah ini meletakkan kerjaya adalah segala-galanya, berapa kerapkah anak mak dan ayah ini dapat menziarahi kalian berdua...Sekiranya anak mak dan ayah ini memilih untuk mengejar pangkat dan kemewahan, mungkinkah anak mak dan ayah ini akan mentaati kalian berdua seperti sekarang...Betapa anakmu ini bersyukur kepada Allah kerana dipilih untuk berada di dalam perjuangan HPA ini sebagai medan untuk anakmu ini belajar menjadi seorang anak dan hamba yang mengharapkan RedhaNya...Mudah-mudahan Allah perkenankan doa anakmu ini...Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan ayah kerana sentiasa merestui anakmu ini...tanpa doa mak dan ayah mana mungkin anakmu ini mendapat Rahmat dan Nikmat daripadaNya....

Mak dan ayah adalah permata hatiku...
walaupun dikala getir mak dan ayahlah penawarnya...
Saat sukar anakmu ini menjadi senang dengan adanya mak dan ayah di sisi...
Senyum dan tawa mak dengan ayah adalah penyejuk jiwaku...
Resahku menjadi tenang apabila menatap wajah mak dan ayah...
Tuhanku! Lindungilah mak dan ayahku...
Ehsanilah mereka...jangan sedikitpun Engkau melupai mereka...
Halalkan segala apa yang aku lakukan yang tidak menyenangkan mak dan ayahku...
Semoga mak dan ayah berbahagia di dunia dan akhirat...
Duhai mak dan ayah yang amatku CINTA...
terima kasih di atas kasih sayang kalian berdua dari dulu hingga ke saat ini...
langsung tidak pernah kurang walau sedikitpun...

Oh Tuhan! 
Aku berharap agar Engkau masih memberi peluang untukku menatap,
 membelai dan dapat menyayangi mak dan ayahku lagi pada hari Ulang Tahun Kelahiranku nanti 
'18 Februari 2012' seperti tahun-tahun sebelum ini.
Amin...





Thursday, February 2, 2012

Istimewa Buat Teman Seperjuangan


PERJUANGAN IBARAT TIRAM DI LAUT,
DIHIRIS PEPASIR TERCALARLAH IA,
SUNGGUHPUN TERLUKA TETAPI DI PENDAM,
SUNGGUHPUN PEDIH TETAPI DI SIMPAN,
NAMUN AKHIRNYA DI BALAS MUTIARA.
INILAH NAMANYA PERJUANGAN MENUJU YANG MAHA ESA.

SELAMAT BERJUANG MUJAHID & MUJAHIDAH HPA!
1 HPA
1 PERJUANGAN
1 UMMAH

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA




Monday, January 30, 2012

Khazanah Berharga Milik Allah.

Pohon Buah Merah








Buah  Merah (pandanus conoi-deus lam) Nuu Waar telah lama dijadikan bahan untuk campuran makanan penduduk Nuu Waar dan juga menjadi warisan nenek moyang Nuu Waar dan raja-raja masa lampau sebagai salah satu elemen penting dalam kehidupan keseharian masyarakat Nuu Waar.
Khasiat :
Minyak sari buah merah (sari buah nuu waar) dip roses melalui ekstrasi tanaman pandanus conoideusa lam dalam bentuk syrup mengandung zat gizi dan senyawa aktif, kadar tinggi daya kerja cepat, efektif tampa meninggalkan penyakit, membasi sel penyakit kronis. Memperbaharui metabolism tubuh.
Tanaman ini banyak tumbu dan di ambil di nuu waar (irian jaya) dan telah lama di konsumsi secara turun temurun.
Terbukti berhasiat mengobati, menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti: TUMUR,KANKER, HEPETITIS B, DIABETES, STROKE, KISTA, ASAM URAT, KOLESTEROL,HEPERTENSI, JANTUNG, GANGGUNGAN GINJAL, HIV / AIDS, OSTEOPOROSIS, GANGGUAN PADA MATA, MENINGKATKAN KESUBURAN PRIA.

Herbal Sarang Semut asli Irian Jaya
Sarang Semut adalah salah satu Tumbuhan Efifit yang Umbinya dihuni oleh Semut sehing diberinama Sarang Semut  (Myrmecudia) menurut penelitian dunia Sarang Semut ada 26 species menurut Marthen Heil dari Departemen Of Bio Ochesvistry Jmak Plat Institute Jerman sejak tahun 1960 suda menjadi wacana. Khasiatnya telah teruji dan terbukti satu-satunya tumbuhan penyembuh Kanker dan Tur dunia di temukan di pedalaman Wamena (Nuu Waar) pada awal Januari 2005. Kesempulan peneliti setelah di bedah dengan alat Rontgen (Sinar x) ternanyata mengandung Flavor Glikosida, Flifenol, Antioksidan Vitamin dan Mineral Asam Frominat.
Khasiat / Benefits:
Berbagai jenis Kanker dan Tomur (Kanker Otak, Hidung, Payudarah, Lever, Paru-Paru, Usus, Rahim, Kulit, Prostat, (Kanker Darah), Penyakit gangguan Jantung, Stroke berat dan ringan, Reumatik, Asam Urat, Diabetes, Sesak napas, (astma), batuk termasuk tbc, menghilangkan aneka benjolan dalam wakturelatif singkat seperti gondok dan kenker payudara, gangguan ginjal, usus buntu, usus turun (hernia), tekanan darah tinggi (hipertensi), wasir (ambien) sangat cocok bagi kaum perempuan yang habis melahirkan, menstruasi tidak tepat waktu, meningkatkan gaira pria dan wanita.
Aturan Pakai / Rule mix:
Rendam terlebih dahulu beberapa potong sarnag semut selama 1 malam rebus dengan air secukupnya sampai mendidih saring atau endapkan dan menim seperti layaknya minuman teh. Ampas sarang semut yang telah direbus di sangria sampai kering lalu tumbuk halus dan makan dengan madu.

Saturday, January 28, 2012

Rahmat Allah cukup luas

Subhanallah!!! apabila sebut tentang Rahmat Allah,betapa aku berasa cukup kerdil...syukur kupanjatkan dengan nikmat sakit yang Allah datangkan rupanya Allah ingin campakkan kesedaran dan keinsafan dalam jiwaku....kini ku tahu dalam banyak hamba-hambanya aku adalah salah seorang hamba yang tidak pernah Engkau abaikan....setiap apa yang menimpa merupakan satu tarbiah yang cukup bermakna dalam diriku...Aku tak ingin memohon agar Engkau meringankan bebanku cuma aku hanya ingin memohon padaMu Ya Allah! agar Engkau kuatkan IMANKU ini untuk meneruskan pengembaraanku sebagai hambaMu di dunia yang semakin mencabar...

Thursday, January 26, 2012

TREATMENT









Di sini saya ingin menceritakan tentang beberapa kelebihan menjalani rawatan akupuntur. Rugi jika anda tidak mengambil peluang menjalani atau merasai kebaikan rawatan ini. Terdapat banyak kelebihan bagi sesiapa yang menjalani rawatan akupuntur antaranya :

  1. Rawatan akupuntur membantu mengurangkan gejala migrain dan juga mempunyai kesan positif yang berpanjangan berdasarkan satu kajian yang disiarkan di Canadian Medical Association Journal. 
  2. Akupuntur pada perawatan kesuburan: akupuntur dapat meningkatkan aliran darah ke rahim, menenangkan leher rahim dan menghindarkan daripada berlakunya hormon stress yang dapat membuatkan rahim lebih keras bagi embrio untuk menempel(Eric Manheimer, pemimpin analisis dan seorang peneliti di University of Maryland School of Medicine).
  3. International Journal of Clinical Akupunktur baru-baru ini menerbitkan bukti bahwa 9 dari 10 orang yang menjalani akupunktur kosmetik mendapatkan garis wajah lebih lembut, warna kulit yang lebih baik, mengurangi lingkaran kecil di bawah mata, serta meremajakan wajah secara keseluruhan.
  4. Akupunktur juga akan memberikan manfaat positif pada kesehatan secara keseluruhan. Akupunktur juga dikenal dapat meringankan stres, insomnia, gelisah, depresi, serta keluhan nyeri.
Saya sendiri pernah menjalani rawatan akupuntur, alhamdulillah saya dapat rasa akan keberkesanan rawatan ini. Akupuntur dapat mengharmonikan tubuh disamping pengambilan herba alami. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sampingan...InsyaAllah.



detik-detik menanti HANTARAN CINTA ILAHI

Tinggal beberapa hari saja lagi usia ku mencecah 28tahun...banyak perkara akan berlaku pada tarikh kelahiranku nanti, semoga aku di beri peluang oleh Allah untuk terus menjalani kehidupanku sehingga saat dan tika itu nanti...namun andai aku tidak sempat, aku redha...kerana telah kuserahkan jiwa dan ragaku hanya untuk-Nya. Alhamdulillah kerana pada tahun-tahun sebelumnya aku dikurniakan Allah dengan kasih sayang yang cukup banyak, besar sungguh Rahmat Allah untukku...biarpun kadang-kadang didatangkan dengan  bermacam-macam ujian namun segalanya itu adalah Nikmat yang cukup manis dalam hidupku...segala yang berlaku itu turut mematangkan dan mendewasakan aku.... semoga pada hari-hari yang mendatang aku dikurniakan kekuatan iman untuk aku terus menghadapi kehidupan di dunia ini agar aku dapat menjadi hamba yang solehah dan sentiasa diredhai-Nya sehingga aku selamat sampai ke destinasi yang sebenar di akhirat sana. Amin..

Tuesday, January 24, 2012

Wednesday, January 11, 2012

JADUAL SEKRETARIAT ESP UTARA-KULIM

Rawatan pada setiap hari SELASA jam 8.30malam....untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan talian HOTLINE: 019-4504243


Monday, January 9, 2012