Sunday, May 13, 2012
HANTARAN CINTA UNTUK ROSLINA
Ya Allah!!!betapa aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T. di atas ketentuanNya. Kira-kira jam 12.00tgh. ke Bank Islam untuk memasukkan duit jualan, selepas aku selesai membuat urusan tiba2 keretaku tidak dapat dihidupkan...aku cuba berkali2. Hati aku berdegup kencang, "apa harus aku buat", aku berfikir di dalam hati...aku cuba untuk menghubungi sahabatku di tempat kerja. "Subhanallah! kredit aku habis, macam mana ni Ya Allah...." aku cuba menenangkan hati aku waktu tu....tiba2 baru aku sedar yang beg duit aku juga tertinggal di tempat aku bekerja...."Allah, Allah,Allah..." aku merintih sendiri. dalam aku berdoa tiba2 sebuah motosikal berhenti betul2 di hadapanku. Ya Allah! hebatnya kuasamu....aku menghampiri seorang pak cik yang aku rasa seolah2 aku pernah lihat. Rupanya pak cik Daud yang menjadi pelanggan tetap di kedai aku....Alhamdulillah...waktu itu aku rasakan ingin sujud syukur di saat itu juga, Allah itu Maha Mendengar....terasa panas di pipiku saat itu mengenangkan betapa Allah itu Maha Pengasih & Penyayang.
Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ketika aku baru sahaja berpindah ke Bandar Perda ini....14 Mei 2012.
Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ketika aku baru sahaja berpindah ke Bandar Perda ini....14 Mei 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment