Thursday, January 26, 2012
detik-detik menanti HANTARAN CINTA ILAHI
Tinggal beberapa hari saja lagi usia ku mencecah 28tahun...banyak perkara akan berlaku pada tarikh kelahiranku nanti, semoga aku di beri peluang oleh Allah untuk terus menjalani kehidupanku sehingga saat dan tika itu nanti...namun andai aku tidak sempat, aku redha...kerana telah kuserahkan jiwa dan ragaku hanya untuk-Nya. Alhamdulillah kerana pada tahun-tahun sebelumnya aku dikurniakan Allah dengan kasih sayang yang cukup banyak, besar sungguh Rahmat Allah untukku...biarpun kadang-kadang didatangkan dengan bermacam-macam ujian namun segalanya itu adalah Nikmat yang cukup manis dalam hidupku...segala yang berlaku itu turut mematangkan dan mendewasakan aku.... semoga pada hari-hari yang mendatang aku dikurniakan kekuatan iman untuk aku terus menghadapi kehidupan di dunia ini agar aku dapat menjadi hamba yang solehah dan sentiasa diredhai-Nya sehingga aku selamat sampai ke destinasi yang sebenar di akhirat sana. Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment