Saturday, September 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Code HPAfm : <<< Klik sini >>
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan org yg salah
supaya kita dapat jadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah
supaya kita dpt KASIH SYG YG TERBAIK, KHAS UTK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah
supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG krn mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat utk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tidak semua org berpeluang utk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah
supaya kita menjadi MANUSIA yg HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah
supaya kita lebih faham bahawa CINTA yg TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yg TIDAK SELAMANYA KEKAL...
Wahai sahabat, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya...hari esokpun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dgn melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.....
Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Sesiapa yang diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t., mestilah memelihara kesihatan tersebut.
ReplyDeleteBetapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis,
“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”
Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam surah al-Kauthar ayat 8:
“Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat,” ialah nikmat kesihatan. Manusia akan di pertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.
Jika diteliti syariat Islam yang diturunkan Allah kesemuanya diturunkan untuk memelihara kesihatan manusia. Cuma skop kesihatan diperluaskan pada kesihatan mental, fizikal, spiritual, keturunan dan harta. Setiap sesuatu yang diharamkan syariat adalah disebabkan Allah tahu ia memudaratkan kesihatan manusia. Setiap yang dihalalkan pula sudah pasti boleh memanfaatkan mereka.
Menurut pandangan Islam kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika manusia mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik. Kesihatan akan terpelihara jika manusia menjaga makan minum mereka. Ini bertepatan dengan pepatah yang menyebut “you are what you eat” atau “anda ialah apa yang anda makan”.
Islam menyeru supaya umatnya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal lagi baik dan berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang. Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang lahir juga baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.