Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Sunday, October 30, 2011

Ulam


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti buducencaluk, atausambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk,daunumbutbijibuahubi dan kadang-kadang bunga.
Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timunkubis dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.
ANTARA KHASIATNYA:
Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca)fosforus (P)besi (Fe),natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca)fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.
Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.
KHASIAT DARI SEGI PERUBATAN:
Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosisterutama dikalangan kaum wanita.

Subhanallah! lihatlah betapa ruginya apabila kita tidak mencari ilmu tentang kelebihan tumbuhan ciptaan Allah untuk kita. Segalanya sudah tersedia sebenarnya tetapi kenapa kita tidak mahu mengambil manfaat daripada apa yang Allah sudah tentukan untuk kita....kita lebih bangga dan suka makan makanan yang kita sendiri tidak tahu khasiat dan kelebihannya sedangkan penawarnya di depan mata sahaja. 

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA FITRAH...HERBA INI HANYA MENJADI PILIHAN BAGI MEREKA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN...


Wednesday, October 12, 2011

Selamat Berjuang MujahidahHPA, Semoga Allah Bersama kalian esok hari...

Malam ini, kira-kira jam 9.30 malam aku mendapat panggilan telefon dari teman seperjuangan. Sudah tiba masanya khidmat  mujahidahHPA diperlukan. InsyaAllah demi HPA dan untuk Ummah, mujahidahHPA sanggup korbankan apa sahaja...
 " Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. hanya kepadanya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung."

Ya Rabb...saat tangan ini menandatangani borang itu 'hati' ini telah mengikat janji setia Hanya Padamu Allah...bukan perjanjian antara manusia atau siapa-siapa....hati ini sanggup memikul beban dakwahmu selagimana diri bernyawa...Doakan diri ini agar menjadi mujahidah solehah yang sentiasa di bawah payung Rahmat Allah.


Tuesday, October 11, 2011

Aku Bukan Siapa-siapa..aku bukan manusia sempurna..

Aku ingin menjadi pelangi pada semua orang...aku ingin buat semua orang rasa bahagia, rasa gembira dan rasa tenang di sisi aku...aku ingin merasai kesedihan, kesempitan dan kesusahan semua orang...namun aku tidak akan mampu sekiranya aku tiada Engkau di sisiku...aku memiliki sifat kekurangan....mampukah aku menjadi apa yang aku inginkan....menjadi tempat yang mendamaikan setiap kali memandang....itulah yang Engkau sedang berikan kepadaku sekarang...terima kasih Ya Rabb! kerana Engkau begitu memahami hambaMu ini....kerana Engkau tidak pernah sekali meninggalkan aku keseorangan...

Syukur...Alhamdulillah...

Selamat bertemu lagi kita di ruang maya ini....semoga dengan peluang yang Allah beri pada hari ini kita pergunakan sebaik mungkin untuk terus beribadat di bumi milik Allah ini...hari ini saya rasa cukup bahagia dan amat bertuah kerana Allah mengurniakan sebuah kegembiraan di hati ini setelah ianya di uji dengan sedikit kesedihan...namun, ianya tidak lama kerana setiap yang menimpa diri adalah tarbiah untuk mengakui sifat sebagai 'hamba'...
    InsyaAllah...saya ingin berkongsi bersama teman-teman di ruang maya ini hasil penulisan saya tetapi bukan sekarang, kalau diizinkan Allah...suatu saat nanti...mungkin ianya boleh memberi sedikit manfaat untuk teman-teman...sama-sama kita nantikan..:-)



Sunday, October 9, 2011

Terungkai segala kekusutan


Alhamdulillah....Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...cukup hanya memandang wajah, mendengar suaranya dadaku menjadi lapang....terbang segala kesedihan dari benakku....Syukurku kehadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang Ibu yang begitu memahami anaknya ini....Ya Allah! Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk Ibu dan Ayahku untuk mereka beribadat kepadaMu....inilah harapanku sejak dari dulu hingga kini dan untuk selamanya...moga Engkau tetapkan di dalam hati mereka,  keluargaku, saudara seIslamku dan jua aku untuk  menggunakan produk halalan toyyiba...agar doa2 kami diterima olehMu....sebagai hamba pengakhiran yang baik itulah yang diharapkan...'HUSNUL KHATIMAH'...amin..amin...Ya Allah!

aku tidak mampu menjadi anak yang solehah tapi aku amat mengharapkan doa ku ini dimakhbulkan oleh Allah...

Ku Mohon Kekuatan dariMu Tuhan...

Dada ku macam di hempap dengan benda yg amat berat....sesak rasanya utk aku bernafas...berita yg ku dengar membuat hati ku tidak aman....aku harus kuat utk mengharunginya....Kau berilah kelapangan di hati ku Ya Allah! aku tiada tempat utk mengadu...hanya PadaMu tempat aku bermohon...ku hanya mengharapkan simpati dan belas kasihan daripadaMu... bantulah hambaMu yang hina dan serba kekurangan ini....

Saturday, October 8, 2011

Aku dipilih Allah menjadi pendengar

Sesungguhnya hanya Dialah yang layak disembah dan hanya Dialah yang layak mendapat segala pujian...aku sekadar utusan yg di pilih untuk menjadi pendengar bagi mengurangkan segala beban yang ditanggung di dalam benak sahabat-sahabatku...hari ini 8hb Oktober 2011: aku menjadi pendengar setia sahabat-sahabatku yang  mengadu pelbagai ujian yang ditanggung mereka Subhanallah...hingga menitis air mata ini memahami berat ujian yang mereka tanggung...aku bersimpati..aku juga punya ujianku yang tersendiri..hidup tanpa ujian akan suram dan tawar...aku sangat terharu kerana aku menjadi tempat mereka percayai, moga dengan luahan mereka dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung...aku hanya mampu mendengar dan mendoakan agar Allah memberi kelapangan dan ketenangan di dalam hati mereka dan kekuatan iman pada mereka dan juga khas untukku....untuk membina kekuatan perlu kuat motivasi dalam diri....kerana Allah itu suka pada hamba yang sentiasa meminta dan tidak pernah berhenti berdoa kepadaNya....