Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Monday, May 11, 2009

Sabar Mencerminkan Keimanan

Hadis
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, tiada balasan bagi seseorang hambaku yang telah aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga."
(Riwayat Bukhari)

Pengajaran hadis:
*Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah SWT dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

*Sabar perlu di tanam sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan, kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

*Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah SWT, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan di akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

*Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha dengan ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment