Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Tuesday, May 5, 2009

Renung Sejenak

"Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"
(Imam Ghazali)


Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.


\"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan.\"
(AnNahl:61)


bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah


Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.


....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....


Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa .


Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.


Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.


Ilmu mu yang manfaat,sedekah mu yang ikhlas dan orang yang soleh,itulah syarat yang dituntut di ALAM BAKA....


God be with you, be happy and keep up the rituos live


Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.


Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajar Al-QURAN


Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.


Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.


Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.


Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.


Wanita adalah hiasan dunia, sabaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dunia


Kejayaan Jin dan Manusia itu terletak pada agama. Sejauh mana dia dapat taat pada perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah itu yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang menghafal AL-QURAN


Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah


Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.


Jaga diri, hiasi peribadi.


Cinta pada bunga,bunga akan layu
Cinta pada manusia,manusia akan mati
TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.


Orang yang mendapat pertolongan daripada Allah adalah orang yang bertakwa dan selalu ingat kepadaNya.


Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.


Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.


Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.


Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam


Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.


31. Don't ask what you demand for life but ask what life demands from you.

32. Kejari cita-cita sebelum mengejari cinta.

33. Cinta itu suci, jangan cemari cinta itu dengan jiwa yang lara

34. Keikhlasan cermin kesucian hati sabar itu penahan derita ketenangan hati tanda redhanya jiwa

35. Hidup tak selalunya indah tetapi hidup ini akan menjadi indah seandainya kita bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.

36. Rakan yang paling jujur adalah seseorang yang bergelar musuh

37. Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.

38. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.

39. Fikirkan dosa dan pahala ..lalu laksanakan yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa.

40. Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

41. Perjalanan yang jauh itu, dimulai dengan langkah pertama.

42. Jika mengharapkan suami sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah maka, jadikanlah diri anda semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra.

43. Apabila banyak berkata-berkata, maka banyak lahirnya tipu daya.

44. Sesungguhnya sedekah yang paling baik ialah sedekah amalan kita.

45. Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.

46. Tuhan menciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi kenapa Tuhan hanya menciptakan sekeping hati??? Kerana Tuhan mengamanahkan pada kita untuk mencarinya.

47. Gadisku. Jadilah seorang yang solehah kepada mujahid yang kau sayangi.....ingatilah akan kejadianmu yang unik dan simbolik itu.....hargailah masa mudamu dan renungilah masa tuamu itu.....Insya-Allah kau akan diberkati Illahi.

48. Kejayaan hari esok bermula dengan usaha hari ini.

49. Cinta yang kekal abadi adalah cinta Illahi.

50. Cinta yang berlandaskan suci tidak pernah memungkiri janji.

51. Membaca membentuk keperibadian,Menulis membentuk kesempurnaan....

52. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

53. Solat itu ibarat tiang agama,Jika kukuh tiang itu maka kukuhlah solatnya.....

54. Hidup ini sementara....Jadikanlah ia penuh bermakna.....

55. Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya.

56. Sabda Rasullulah s.a.w : Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu.
( riwayat al-Bukhari & Muslim )

No comments:

Post a Comment