Boleh digunakan bersama minyak but-but...sangat baik untuk perawatan wajah.
Tuesday, November 1, 2011
Brightening Cleansing Gel Centella White - NEW
Packaging baru
Mudah di bawa ke mana-mana...
Boleh digunakan bersama minyak but-but...sangat baik untuk perawatan wajah.
Senyuman membawa KEBAHAGIAAN
Nabi Muhammad saw telah menggambarkan kepada kita mengenai erti pentingnya senyum dalam kehidupan manusia. Dan sebagai umatnya, kenapa kita tidak berusaha untuk mengikuti jejak beliau yang satu ini?
Menjalani kehidupan ini dengan selalu tersenyum. Dan berjuang dalam dakwah Islam inipun tanpa melupakan senyum.
Hiasi perjuangan dakwah Islam kita dengan senyum yang hangat, karena senyum itulah yang pertama kali akan menyentuh hati saudara-saudara kita. Hilangkan kekerasan dan wajah masam dari dakwah kita yang justeru akhirnya akan membuat mereka lari dari ajakan kita, dan bahkan membenci kita.
Mari, kita menjaring umat dengan senyum yang senantiasa tersemat!
“Dan sesunguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS. Al Qalam: 4)
Wallahua’lam
KELEBIHAN SEBUAH SENYUMAN
- Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
- Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
- Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
- Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
- Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
- Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
- Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
- Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
- Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
- Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
- Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
- Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Monday, October 31, 2011
Sayang mak
Sunday, October 30, 2011
Ulam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atausambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk,daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.
Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.
ANTARA KHASIATNYA:
Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe),natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.
Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.
KHASIAT DARI SEGI PERUBATAN:
Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosisterutama dikalangan kaum wanita.
Subhanallah! lihatlah betapa ruginya apabila kita tidak mencari ilmu tentang kelebihan tumbuhan ciptaan Allah untuk kita. Segalanya sudah tersedia sebenarnya tetapi kenapa kita tidak mahu mengambil manfaat daripada apa yang Allah sudah tentukan untuk kita....kita lebih bangga dan suka makan makanan yang kita sendiri tidak tahu khasiat dan kelebihannya sedangkan penawarnya di depan mata sahaja.
MARILAH KITA KEMBALI KEPADA FITRAH...HERBA INI HANYA MENJADI PILIHAN BAGI MEREKA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN...
Wednesday, October 12, 2011
Selamat Berjuang MujahidahHPA, Semoga Allah Bersama kalian esok hari...
Malam ini, kira-kira jam 9.30 malam aku mendapat panggilan telefon dari teman seperjuangan. Sudah tiba masanya khidmat mujahidahHPA diperlukan. InsyaAllah demi HPA dan untuk Ummah, mujahidahHPA sanggup korbankan apa sahaja...
" Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. hanya kepadanya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung."
Ya Rabb...saat tangan ini menandatangani borang itu 'hati' ini telah mengikat janji setia Hanya Padamu Allah...bukan perjanjian antara manusia atau siapa-siapa....hati ini sanggup memikul beban dakwahmu selagimana diri bernyawa...Doakan diri ini agar menjadi mujahidah solehah yang sentiasa di bawah payung Rahmat Allah.
" Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. hanya kepadanya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung."
Ya Rabb...saat tangan ini menandatangani borang itu 'hati' ini telah mengikat janji setia Hanya Padamu Allah...bukan perjanjian antara manusia atau siapa-siapa....hati ini sanggup memikul beban dakwahmu selagimana diri bernyawa...Doakan diri ini agar menjadi mujahidah solehah yang sentiasa di bawah payung Rahmat Allah.
Tuesday, October 11, 2011
Aku Bukan Siapa-siapa..aku bukan manusia sempurna..
Syukur...Alhamdulillah...
Selamat bertemu lagi kita di ruang maya ini....semoga dengan peluang yang Allah beri pada hari ini kita pergunakan sebaik mungkin untuk terus beribadat di bumi milik Allah ini...hari ini saya rasa cukup bahagia dan amat bertuah kerana Allah mengurniakan sebuah kegembiraan di hati ini setelah ianya di uji dengan sedikit kesedihan...namun, ianya tidak lama kerana setiap yang menimpa diri adalah tarbiah untuk mengakui sifat sebagai 'hamba'...
InsyaAllah...saya ingin berkongsi bersama teman-teman di ruang maya ini hasil penulisan saya tetapi bukan sekarang, kalau diizinkan Allah...suatu saat nanti...mungkin ianya boleh memberi sedikit manfaat untuk teman-teman...sama-sama kita nantikan..:-)
InsyaAllah...saya ingin berkongsi bersama teman-teman di ruang maya ini hasil penulisan saya tetapi bukan sekarang, kalau diizinkan Allah...suatu saat nanti...mungkin ianya boleh memberi sedikit manfaat untuk teman-teman...sama-sama kita nantikan..:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)


















