Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Thursday, July 14, 2011

untuk ketenangan JIWA

Bagaimana untuk mendapatkan Hati @ Jiwa yang tenang...??insyaAllah sama-samalah kita bermuhasabah....


Hati umpama seperti kaca. Sekiranya hari2 digilap, dijaga maka ianya tampak bersinar dan sentiasa bersih namun andai berlaku sebaliknya ia akan menjadi malap dan berkemungkinan kita langsung tidak dapat melihat wajah kita disebalik cermin yang dipenuhi dengan habuk, bedak dan sebagainya...begitujugalah hati kita, seandainya sentiasa disirami dan dibajai dengan zikir2 serta senantiasa membaca Al-Quran ianya akan menjadi tenang...apabila hati menjadi tenang secara tidak langsung akan terzahir dan terpancar cahaya ketenangan itu di wajah...alangkah bertuahnya kita jika tergolong di dalam kumpulan hamba2 yang mendapat ketenangan dengan Rahmat Allah....ayuh teman2 sejatiku!!!

Mari Mencari Ketenangan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mari Mencari Ketenangan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

seharum namamu...

Wednesday, July 13, 2011

Syaaban

pintu 'Hati'...

aku masih memohon padaMu Ya Rabbi...
agar 'pintu' yang telah hilang akan kutemui...
bila dan bagaimana?aku sendiri tidak pasti
kerana ianya milik ILAHI...
kudoakan agar 'pintu' baru yang dikurniakan nanti...
biarlah 'pintu' yang lebih berkualiti...
iaitu 'pintu' yang boleh melindungi...tetapi bukan menyakiti....
sanggup mengorbankan diri demi 'Cinta Ilahi'...
bagi membuka semula 'pintu hati' ini yang telah sekian lama terkunci...

mengapa diri ini terpaku terlalu lama...membiarkan masa terbuang begitu sahaja...

ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan...tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...

dalam hidup seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang kita tidak inginkan...akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia...

kehidupan di dunia tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang...jaminan yang kekal abadi hanyalah dapat ditemui apabila kembali semula kepada Ilahi...

Sabar

Hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud , tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.

Ku mohon Hanya PadaMu agar hambaMu ini dikuatkan iman dalam meneruskan saki-baki kehidupan...hambaMu amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan mengecapi nikmat keAgunganMu...biarpun kadang2 hambaMu ini terleka dan lalai...ku mohon keampunan daripadaMu, sesungguhnya hambaMu ini hanyalah milikMu yang mutlak....