Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Wednesday, July 13, 2011

pintu 'Hati'...

aku masih memohon padaMu Ya Rabbi...
agar 'pintu' yang telah hilang akan kutemui...
bila dan bagaimana?aku sendiri tidak pasti
kerana ianya milik ILAHI...
kudoakan agar 'pintu' baru yang dikurniakan nanti...
biarlah 'pintu' yang lebih berkualiti...
iaitu 'pintu' yang boleh melindungi...tetapi bukan menyakiti....
sanggup mengorbankan diri demi 'Cinta Ilahi'...
bagi membuka semula 'pintu hati' ini yang telah sekian lama terkunci...

mengapa diri ini terpaku terlalu lama...membiarkan masa terbuang begitu sahaja...

ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan...tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...

dalam hidup seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang kita tidak inginkan...akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia...

kehidupan di dunia tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang...jaminan yang kekal abadi hanyalah dapat ditemui apabila kembali semula kepada Ilahi...

No comments:

Post a Comment