Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Wednesday, June 3, 2009

Petikan Artikel harianMETRO

Khamis, 04 Jun 2009
Sebenarnya memakan ulam sudah lama menjadi budaya hidup nenek moyang masyarakat Melayu dan kini semakin menjadi trend utama generasi baru sama ada di luar bandar atau bandar.

Orang dulu mengamalkannya secara berterusan dan mereka sihat walaupun sudah lanjut usia.

Ini kerana ulam-ulaman mengandungi banyak sumber vitamin dan mineral seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan sebagainya yang berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Apakah anda biasa memakan ulam dan apakah jenis ulam-ulaman yang biasa anda makan?

Pegaga adalah satu daripada contoh ulam yang biasa terdapat di Malaysia. Pegaga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah. Ini penting kepada manusia kerana saluran darah yang sempurna memainkan peranan utama dalam menjana tubuh manusia berada dalam keadaan sihat dan bertenaga.

Selain itu, pegaga dikatakan penting dalam operasi pertumbuhan rambut dan menguatkan gigi.

Jadi di sini jelas kepada kita pegaga walaupun murah harganya, tetapi khasiatnya amat banyak dan bermanfaat besar kepada pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia.

Tidak hairanlah sekarang masyarakat moden tanpa mengira bangsa sedar dan mencari pegaga sebagai makanan harian.

Petai juga memiliki khasiat penting untuk kesihatan. Ia tumbuh di kawasan hutan beriklim khatulistiwa.

Apakah khasiatnya? Petai sejak dahulu digunakan sebagai kaedah untuk membantu mencegah penyakit kencing manis atau diabetis.

Begitulah hebatnya anugerah Allah kepada manusia bukan saja berkhasiat dan enak dimakan, tetapi mengandungi bahan ubat untuk merawat penyakit.

Cekur manis pula dapat membantu mencegah penyakit sengal tulang, demam dan batuk.

Jering seperti petai, membantu mengubati penyakit diabetis atau penyakit kencing manis, pucuk betik sangat berkhasiat untuk proses penghadaman.

Selain pucuk betik, pokok gajus sama seperti pokok betik. Buahnya sedap dan pucuknya juga berkhasiat.

Pucuk gajus dikatakan berguna untuk membersihkan darah. Sebab itulah sekarang pucuk gajus sudah berada di hotel berkelas lima bintang kerana khasiatnya pada tubuh manusia.

Pucuk putat berkhasiat untuk mereka yang sentiasa pening, penyakit darah tinggi dan membersihkan darah.

Satu lagi ulam-ulaman ialah ulam raja yang dikatakan sangat baik untuk membersihkan darah serta menguatkan tulang manusia.

Jadi, daripada beberapa contoh ulaman, dapatlah dikatakan sumber alam di negara ini amat kaya dengan bahan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan.

Promosi secara meluas seharusnya dilaksanakan secara berterusan supaya semua lapisan masyarakat menyedari di sekeliling mereka mempunyai khazanah sumber pemakanan yang baik untuk kesihatan....

sebenarnya byk lagi khasiat2 tumbuhan yg Allah SWT ciptakan begitu berguna untk kesihatan kita, cumanya kita sahaja yg tdk ambil kisah tentangnya...Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia, semuanya ada kelebihan dan kepentingannya...sebagai makhluk yg istimewa gunalah akal fikiran yg Allah SWT anugerahkan utk menilai sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya agar tidak melanggar syariat yg telah ditetapkan..

MUSLIM

Tuesday, June 2, 2009

Monday, June 1, 2009

RENUNGAN

SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI KEAMPUNAN ALLAH SWT

Ada pendapat bahawa mengingati akhirat dan takut neraka itu, akan merencatkan kemajuan dan pembangunan. Tetapi Al-Quran menasihati supaya sentiasa mengingati akhrat dan takut azab neraka. Kesannya akan timbul rasa takut yang mendalam, untuk melakukan dosa dan mengingkari kewajipan mentaati Allah SWT.

Kepada orang yang beriman memanglah tidak ragu, bahawa tempat menerima nasihat ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT apabila beri nasihat, akan menasihati bersungguh dengan perkara yang terang dan jelas “Qaulul Haq’. Sejauh mana makrifat terhadap Allah SWT, jika makrifat sempurna maka sebanyak itulah rasa khosyih (gerun) kepada Allah SWT menguasai dirinya.

Justeru menimbulkan rasa cemas itu berfungsi dan berperanan ayat-ayat al-Quran. Nabi s.a.w. mula bertugas sebagai seorang Nabi ketika menerima arahan dengan firman-Nya yang bermaksud. “Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat.” (Surah Asy-Syu’ara ayat 214)

Dengan arahan Allah SWT itu, nabi s.a.w. lantas kerah seluruh keluarga Bani Hasyim,Bani Hasyim, Bani Abdul Mutalib, Bani Manaf dan yang lain ke bukit Shofa.

Setelah Nabi s.a.w. memperkenalkan diri (ta’arruf) dan bertanya sesuatu kepada mereka tentang dirinya, hingga seluruh kaum terbesar itu mempercayai bahawa Muhammad seorang amat dipercayai.

Mereka akui bahawa Muhammad bin Abdullah seorang yang tidak pernah bercakap dusta, lantas mereka pun menggelarnya sebagai ‘Al-Amin’ paling amanah dan dipercayai.

Setelah diyakini suasana amat baik dan sesuai untuk menyampaikan mesej dakwahnya, barulah Nabi s.a.w. menyatakan suatu yang menggetarkan jiwa dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya aku adalah pemberi khabar yang menggerunkan kepada kamu semua, bahawa di hadapan kita azab (neraka) yang pedih.”

Abu lahab terlalu marah terhadap kenyataan Nabi s.a.itu, tetapi situasi ceramah agama diajar timbulkan rasa gerun terhadap ancaman neraka Allah SWT.

Meskipun syurga disebut juga dalam al-Quran, tetapi ucapan yang menggerunkan wajar melebihi dalam dakwah Islam.

Justeru berita gembira tidaklah terlalu menarik perhatian, kerana dalam kehidupan saban ketika manusia bergembira dengan pelbagai nikmat duniawi.

Dalam situasi bergembira itu didatangkan secara mengejut ancaman yang menggerunkan, supaya menyedarkan manusia daripada kelalaiannya.

Meskipun situasi gerun lebih banyak dalam al-Quran berbanding suasana gembira. Namun didapati banyak ayat yang menyatakan bahawa Allah SWT sentiasa kasihan belas ‘Ar Rahman Ar Rahim’ serta suka ampuni dosa manusia.

Walaupun Allah SWT itu bersifat Kasihan Belas tetapi umumnya bersyarat, dengan syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat itu sepatutnya diperhatikan, apabila merenung syarat yang ditetapkan akan timbul rasa sebak di dada.

Manusia suka pemberian rahmat secara percuma tanpa syarat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (Surah Toha ayat 82)

Memang Allah SWT itu Maha Pengampun tetapi kepada mereka yang mempunyai dan memenuhi empat syarat:

Syarat pertama; ialah mereka yang bertaubat.

Syarat kedua; ialah mereka yang beriman.

Syarat ketiga; bagi mereka yang beramal soleh.

Syarat keempat; ialah bagi mereka yang kekal di jalan yang benar iaitu dengan petunjuk Allh SWT.

Bertaubat yang bererti undur semula ke jalan Allah SWT, setelah melakukan dosa dengan penyesalan yang mendalam dan berazam tidak melakukan maksiat semula.

Setelah itu, beriman dengan Allah SWT dengan penuh yakin, bahawa apa yang telah dilakukan sememangnya bercanggah dengan syariat Islam.

Yakin jika sebelum sempat bertaubat sudah sampai ajal, maka yakinlah bahawa diri akan menjadi kayu bakar api neraka.

Yakin bukan sekadar di hati sahaja, tetapi diiringi ikrar dengan lidah serta dibuktikan dengan amal perbuatan sebagai bukti keyakinan tersebut.

Setelah bertaubat dan beriman dengan keyakinan, juga dikehendaki menutup segala kejahatan dengan mengerjakan amal soleh.

Jika ambil harta orang dengan jalan yang batal (salah), maka amal solehnya ialah kembalikan semula harta tersebut kepada pemiliknya.

Jika mengumpat seseorang maka amal solehnya, ialah berjumpa semula dan mohon maaf atas segala umpatan yang telah dilakukan.

Setelah itu hendaklah ikuti jalan yang betul, iaitu jalan yang berlandaskan akhidah dan syariat Islam, terus menerus sehingga akhir hayat.

Tidaklah dinamakan bertaubat pada waktu pagi tetapi sebelah petangnya kembali semula melakukan dosa.

Dengan membukti dan melaksanakan empat syarat itu, barulah seseorang layak mengharap rahmat dan keampunan yang dijanjikan Allah SWT. Jika tidak nescaya bagai mengharap sesuatu yang tidak kunjung tiba.

Disamping lakukan untuk dirinya mereka punyai tanggungjawab untuk umat manusia yang lain, jika tidak dilakukan mereka jadi manusia paling rugi, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran.” (Surah Al-‘Ashr 1-3).

peringatan buat kaum Hawa

MUJAHIDAH SEJATI

Kini HPA sedang membuka kepada umum bagi pengambilan 120 orang pelajar untuk berkhidmat sebagai herbalis sepenuh masa di semua cawangan HPA. Mereka yang berminat akan menjalani kursus herbalis selama 1 tahun di Institut Teknologi HPA Sungai Petani. Semua pelajar akan mendapat biasiswa sepenuhnya dari tabung pendidikan ITHPA dan syarat pemohonan adalah seperti berikut:-

1. Memiliki sijil SPM/Diploma/Ijazah.
2. Mempunyai asas pelajaran sains peringkat menengah.
3. Boleh bertugas dimana-mana negeri di Malaysia.
4. Mempunyai minat yang mendalam dalam pengubatan herba.
5. Mempunyai keterampilan diri.
6. Proaktif dan inovasi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi dengan bahagian latihan seperti berikut:-
0193785079 (lutfi),0196330727(Sikin,Azira)