Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Saturday, September 3, 2011

Set Kesihatan HPA - pelbagai peringkat umur






1 comment:

  1. Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Sesiapa yang diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t., mestilah memelihara kesihatan tersebut.

    Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis,

    “Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

    Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam surah al-Kauthar ayat 8:

    “Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat,” ialah nikmat kesihatan. Manusia akan di pertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.

    Jika diteliti syariat Islam yang diturunkan Allah kesemuanya diturunkan untuk memelihara kesihatan manusia. Cuma skop kesihatan diperluaskan pada kesihatan mental, fizikal, spiritual, keturunan dan harta. Setiap sesuatu yang diharamkan syariat adalah disebabkan Allah tahu ia memudaratkan kesihatan manusia. Setiap yang dihalalkan pula sudah pasti boleh memanfaatkan mereka.

    Menurut pandangan Islam kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika manusia mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik. Kesihatan akan terpelihara jika manusia menjaga makan minum mereka. Ini bertepatan dengan pepatah yang menyebut “you are what you eat” atau “anda ialah apa yang anda makan”.

    Islam menyeru supaya umatnya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal lagi baik dan berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang. Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang lahir juga baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.

    ReplyDelete