Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Tuesday, August 9, 2011

Ada apa dengan Bunga Rose...

Pantang tengok, pantang dengar, dan pantang segala-galanya apa-apa yang berkaitan dengan bunga ros..kenapa dan mengapa? aku pun tak pasti, yang aku tahu aku teramat suka bunga ros. Bila tengok pun dah boleh buat diri aku rasa bahagia sangat2...walaupun saat dan tika aku terluka, tapi cukuplah hanya dengan ros. Pelik! kenapa orang pelik dengan kesukaan aku ni...salahkah aku nak menikmati keindahan dan kecantikan ciptaan Allah yang ada pada bunga ros.


Ramadhan Karim

RAMADHAN
Pejam celik, pejam celik dah hampir separuh bulan aku menjalani ibadah puasa. Ramadhan kali ini aku diuji lagi, inilah yang dikatakan bunga-bunga kasih dari Allah. Moga Engkau terus memberikan aku kekuatan, walaubagaimanapun aku tetap takut untuk berpisah dengan bulan yang penuh kemuliaan ini...Ya Allah! Rahmatilah daku..

Sunday, July 31, 2011

Usah Persia Jika Berpeluang Berbuat Kebaikan

KAAB bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika Baginda melangkah ke tangga pertama, Baginda mengatakan: Amin. Apabila melangkah tangga kedua, Baginda mengatakan: Amin, begitulah apabila melangkah tangga ketiga. Lalu kami bertanyakan maksud perbuatannya itu, Baginda menjawab: Aku didatangi Jibrail mengatakan kepadaku: Jauhlah (rugilah) orang yang sempat dengan Ramadan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku menyahut dengan berkata: Amin. Di tangga kedua Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu, aku pun menyahut Amin. Di tangga ketiga Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan: Amin."

Huraian

Berapa ramaikah manusia hari ini yang bersyukur kerana diberi kesempatan serta peluang mendapat sesuatu nikmat atau rahmat. Lantas apabila peluang itu berlalu pergi mereka merasa menyesal dan ternanti-nanti peluang seterusnya.

Dan berapa ramai pula orang langsung tidak menyedari peluang yang datang dan pergi pada mereka. Biarpun mereka menyedarinya, namun sedikitpun mereka tidak merasa kerugian atau terkilan kerana mensia-siakannya.

Inilah sifat orang disebutkan dalam hadis. Sesungguhnya peluang untuk mendapat kebaikan sangat banyak, wujud di mana-mana dan dalam setiap perkara. Cuma tabiat manusia tidak suka merebut peluang disebabkan hati dan fikiran sudah dijajah nafsu membuatkan hati menjadi keras.

Seharusnya kita bersyukur apabila diberikan peluang kerana tidak semua manusia diberikan kesempatan sama sebaliknya kita hendaklah merasa malu kepada Allah kerana gagal menggunakan peluang dan tawaran-Nya yang begitu berharga dengan sebaiknya.

[petikan dari blog Mencari Kebahagiaan Hidup

Wednesday, July 27, 2011

KENANGAN TERINDAH

Jam 3 pagi aku dan sahabat2 mula bergerak menuju negeri Serambi Mekah untuk menghadiri program perasmian sawah padi organik di Tunjong, Kelantan.
Kami di minta turun ke dalam petak sawah oleh Tuan Haji Ismail(Pengarah Urusan HPA)...masyaAllah satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan sewaktu melangkah masuk ke dalam sawah itu....bersaksikan langit dan bumi jasad ini mengakui Kebesaran, Kekuasaan dan Keagungan Cinta Ilahi...moga kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan dalam jiwa2 pejuang2 HPA disatukan dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Saturday, July 16, 2011

Hari yang Indah

Alhamdulillah...semoga Allah memberi kesembuhan pada mereka yang istiqamah dan yakin bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya...selesai rawatan pertama di tempat yang baru petang tadi...moga2 adk2 dari maktab berpuas hati dengan rawatan yang diterima, sesungguhnya aku tiada daya tanpa bantuanMu Ya Rabb...disamping bagi rawatan aku juga berkongsi sedikit ilmu yang ada untuk sama2 kami amalkan InsyaAllah w/pun tidak semua tapi aku amat mengharapkan adk2 ni dapat kebaikan dan lebih berusaha untuk mengejar Cinta Ilahi, nasihat ini juga untuk mengingatkan diriku sendiri bahawa untuk mendapat kebahagian yang hakiki amat perlu kepada perubahan dari dalam diri sendiri....sempena bulan baik ini 'nisfu Syaaban' dengan harapan agar kami yang berjuang di jalan dakwah ini mendapat keampunan serta dilimpahkan Rahmat kasih sayangMu selamanya...Amin..Amin...Amin.

Dapatkan Produk HPA di Sini!!!!!


JOM JADI CANTIK & SIHAT

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi...marilah kita sama2 mempertingkatkan kesihatan dan amalan agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna disamping ibadah2 yang lain...
Jomlah jadi Cantik & Sihat dengan rawatan Sunnah dan Tradisional...
Barakallah!!!!