Tuesday, December 8, 2009
AYUH! JGN LEPASKAN PELUANG INI
Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010
MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)
SYARAT
• Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori
JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian
INSENTIF
Katagori Pertama
• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.
Hadiah pasti adalah
1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00
Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic
Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00
Kategori Kedua
• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).
Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.
Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.
Kategori Ketiga
• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza
Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut
Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)
Katagori Keempat
• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.
1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu
*SEMUA BLOGER HPA SILA LINK SEGERA, SILA CETAK DAN SEBARKAN DAN SILA DAPATKAN INFO LENGKAP DARI ANGGOTA TRIBUNAL YANG HADIR PADA MAJLIS PENERANGAN.
PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.
GEMPUR RADIX
Sunday, November 8, 2009
Di mana CANTIKNYA seorang WANITA?
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kaum wanita harus menyatakan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana menjadikan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Moga-moga ianya menjadi panduan dan iktibar kepada kaum wanita. InsyaAllah.
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat
Tuesday, October 27, 2009
radix pizza

Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.
Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’allah…
Saturday, October 3, 2009
WANITA...
Saudariku....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.
Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Saudariku.....
saya suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang
terdedah.
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.
Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu saudariku.....
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah
sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.
Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah
retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.
Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.













