Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Thursday, July 9, 2009

Kompleks Usahawan HPA(Pekan Rabu SP)

HPA telah mengadakan perbincangan dengan pihak MPSPk untuk menguruskan bangunan Pekan Rabu di Sungai Petani, Kedah. Bangunan yang berkonsepkan Pekan rabu di Alor Setar itu dilihat amat sesuai bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang melibatkan masyarakat.

HPA bercadang untuk menjadikan Pekan Rabu tersebut sebagai Kompleks Usahawan HPA yang menempatkan usahawan-usahawan yang antaranya akan menjadi vendor kepada perniagaan HPA. Juga diwujudkan kawasan riadah keluarga di tingkat 3 bangunan tersebut yang menempatkan antaranya tempat memanah, gymnasium, family cinema dan lain-lain. Begitu juga di tingkat bawah akan dijadikan dataran kebudayaan Islam. HPA akan menganjurkan persembahan-persembahan kebudayaan Islam secara berkala bagi memberi satu alternatif kepada hiburan yang melalaikan. Satu dewan bakal dibina untuk mengajurkan kursus-kursus keusahawan. Sepertimana Pekan Rabu Alor Setar, disini juga akan dijual barangan-barangan ibadah, kuih-muih, barangan-barangan kraftangan dan lain-lain dan nama Pekan Rabu akan dikekalkan sebagai trademark bangunan tersebut.

InsyaAllah, HPA akan membangunkan potensi Pekan Rabu ini yang bakal menyaksikan berpusu-pusu masyarakat mengunjungi tempat ini.

Thursday, July 2, 2009

RFC di Laguna Merbok

Alhamdulillah. 29hb Jun 2009: majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil yang juga AGM Pentadbiran HPA, telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani. Sebelum itu bacaan Al-Mathurat telah dibuat.
RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna jugamenyediakan perkhidmatan 'drive thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.

Sunday, June 28, 2009

Untuk Isteri-isteri para Pejuang

Kutuliskan poem ini untuk para pejuang Islam di manapun berada. Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a’lam
Buat manusia istimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang
Isteriku….
Apabila kusentuh telapak tanganmu…
Saat kuusap dan kurasakan guratannya,
Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar….
Dan ketika kupandangi wajahmu….
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….
Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing…
Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.
Isteriku…
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun….
Di keramaian dunia ciptaan mereka…
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu….
Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin…
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…
Pelbagai hiasan yang indah…
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian…
Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan…
Wajah mereka dibaluti pelbagai warna dan jenama…
Kau umpama ladang ummah…
Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun
mengadu domba…
Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama…
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…
Isteriku….
Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut…
Tetapi isteriku…
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku….
Kau melafazkan satu tuntutan, “Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat…” Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam….
Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau honeymoon di Paris ?..
Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata…
Akhirnya…
Arghhh… Permintaanmu itu…
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita…
Aku tergugu, haru dan bangga…
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
“Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?….
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?…
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?…
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?…
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api….
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala…
Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda….
Dan…mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?…
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia…
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia…
Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…
Susah senang kita tempuh bersama…
Aku terharu dengan segala kebaikanmu…
Kau jaga akhlakmu…
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung….
Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam….
Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini….
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dari keharuman kemenangan…
Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku isteri…
Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini..
Kau jaga relasi kita dengan indahnya…
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang….
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu….
Cekalnya engkau mendidik anak-anak…
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam…
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah…
Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran…
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan…
Isteriku…
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia…
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang
Suamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH

KIRIMAN DARI SEORANG SHBT

Friday, June 26, 2009

Anugerah Terbaru Hpa Industries Sdn.Bhd

Dengan izin Allah, HPA menerima 1 lagi anugerah Inovasi Jaya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Perlis. Alhamdulillah...

Friday, June 5, 2009

MENANGISLAH

Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yg menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini, menangis adalah dituntut. Setitis air mata yg jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di akhirat kelak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dgn tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika org soleh zaman dahulu menangis krn mengenang nasibnya di akhirat tetapi org hari ini menangis krn takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. Kalau org soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya kpd Allah SWT, org hari ini takut berpisah dgn dosa dan maksiat. Jika para Nabi, Rasul dan sahabat takut menghadapi akhirat, org hari ini seolah-olah berani dan tiadak takut menghadapinya. Tetapi apabila org soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, org hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yg dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal di akhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yg sebenar.
Abu Hummah(Shadujja) bin Adilan Albahily r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Tiada suatu yg lebih disukai oleh Allah SWT dari dua titis dan dua bekas. Titisan air mata kerana takut kepada Allah SWT dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah SWT. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah SWT."

(Riwayat At-Tirmizi)