Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

CUKUP BAGIKU ALLAH

CUKUP BAGIKU ALLAH
Red roses

MujahidahHPA

Hargailah segala yang anda miliki;
anda akan memiliki lebih lagi.
Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki,
anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.

Saturday, February 28, 2009

Sesuatu yang amat dinanti-nantikan


Alhamdulillah...dengan berkat doa seluruh warga HPA maka aiskrim taiyibah HPA bakal dilancarkan pada 9 Mac 2009. Bagi semua umat Islam tidak perlu bimbang lagi kerana sudah pun ada pilihan untuk anak-anak anda. InsyaALLAH dengan sokongan serta keprihatinan dari seluruh umat ISLAM terhadap produk halal dapatlah HPA keluarkan lebih banyak lagi produk HALALan Taiyiba, bi iznillah...

PELANCARAN MLM SYARIAH

Pelancaran MLM Syariah akan diadakan pada 9hb.Mac 2009. Oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail Bin Ahmad. Mulai jam 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang. Di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji, Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tuesday, February 24, 2009

HPA news

InsyaALLAh pada awal bulan Mac ini sebuah restoran masakan cina yang halal(Radix Oriental Cuisine) akan di rasmikan tidak lama lagi iaitu di Sungai Petani dan sebuah kilang aiskrim Taiyibah HPA di Ipoh,Perak.

Sunday, February 22, 2009

RESTAURANT ORGANIC RECIPE



Restaurant organic recipe(HPA) kini telah beroperasi, ianya terletak bersebelahan dengan El-Zahraa Inn di Sungai Petani. Datanglah beramai-ramai bagi menikmati hidangan nasi ayam organik.



Saturday, February 21, 2009

Sajak Hasil Nukilan Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad(Pengarah Urusan HPA)©

KITA YANG SENI

Apalah kita ini
Satu titik di bumi luas
Apalah bumi ini
Satu titik di alam semesta
Alangkah seninya kita
Mengapa berlagak bak lebih besar dari keseluruhannya

Apalah hayat ini
Satu titik dari hayat bumi
Apalah hayat bumi
Satu titik dari hayat semesta
Alangkah singkatnya hayat
Mengapa berlagak bak punya hayat berkekalan masa

Apalah kesedihan ini
Apalah kegirangan ini
Satu titik dari kita yang seni
Satu titik dari hayat yang singkat
Alangkah seni dan singkatnya penderitaan
Mengapa menangis bak menanggung kiamat berpanjangan

Alangkah seni dan singkatnya kesenangan
Mengapa ketawa bak berada di kayangan
Apalah kita ini
Kita mudah lupa yang kita sementara
Kerana kita mudah lupa Yang Tidak Sementara.



Dari tanah tumbuhnya sabar
Dari api menghasilkan semangat
Dari air terbitnya cinta
Dari angin berombaklah nafas

Sabar pada tanah
Ditegur tidak marah
Semangat pada api
Ugama pantang dicaci

Cinta pada air
Ukhuwwah tidak berakhir
Angin pada nafas
Hasil dari ikhlas.


PERJUANGAN INI

Perjuangan ini
Masih teguh
Umpama pohon tinggi yang akarnya di dasar bumi
Sekalipun taufan melanda namun ia tetap kukuh berdiri
Dan tiba musim beralih
Keindahan bunga menyapa
Tanpa ragu
Tanpa sangsi lagi

Perjuangan ini
Hanya satu erti
Hanya satu janji
Dan bagaimanakan kuceritakan
Betapa harumnya perjuangan ini
Memegang panji kemenangan dari Ilahi.




Friday, February 20, 2009

Carilah Produk yang HALAL lagi BAIK

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi YANG HALAL LAGI BAIK, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al-Baqarah : 168)
Beberapa kali Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran serta hadis-hadis Nabi SAW yang menekankan kepada umat Islam keseluruhannya bahawa makanan yang dimakan dan dinikmati
MESTILAH dari yang HALAL & baik. Begitu juga perkara syubhah, seboleh-bolehnya hendaklah dijauhi. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan daripada Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhah yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhah, dia telah bebas(dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhah, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa(kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa sahaja yang diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yanh dikatakan HATI". (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram" (HR Imam Ahmad). Manakala dalam hadis yang diriwayatkan at-Thabarani Baginda SAW bersabda maksudnya: "Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya."

Di dalam perkara memilih makanan harian, kebanyakan dari kita lebih mengutamakan khasiat zahir makanan tersebut seperti kandungan vitamin, protein dan sebagainya tanpa mengambil kira keHALALannya. Tabiat seumpama ini, biasanya timbul daripada keJAHILan dan sikap kurang prihatin terhadap ajaran agama Islam. Tetapi ada juga yang sengaja degil dan tidak menghiraukan ajaran ISLAM walaupun telah jelas HUKUMnya.


Hatta Seekor tikus pun mencari sesuatu yang halal inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran.

"eh! Tikus tu guna ubat gigi HPA lah..."

"Mestilah, ubat gigi HPA banyak khasiatnya"
.

"Apa khasiatnya?".

"Khasiatnya ialah...ia mengandungi 2 herba terpilih, CENGKIH & DAUN MAMBU.
Cengkih adalah herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi & seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegarkan & menghilangkan bau mulut. Daun Mambu pula adalah herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai anti-septik @ anti bakteria bagi mencegah masalah gusi & gigi berlubang."

"Banyak betullah khasiat ubat gigi HPA, alhamdulilah..inilah yang saya cari-cari selama ni."

"Ya, ia bukan sahaja dapat memutihkan gigi, merawat gusi berdarah,menghilangkan
plak, menghilangkan bau mulut, menguatkan gigi malah ubat gigi HPA bebas daripada Dicalcium Phosphate(DCP)."

"Dan yang paling penting HALAL".

"Betul Betul Betul ... : - ) ".

MEMAHAMI AL-MA'THURAT


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Manusia lahir di atas dunia ini dibekali dengan fitrah. Disamping itu, manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang. Namun begitu, Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri, sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.

Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah, dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung. Sehingga ramai yang tersesat ke lambah kebodohan dan kehinaan hidup yang berpanjangan. Sesungguhnya keteguhan iman itu dapat di capai dengan aqidah yang kukuh, solat, zikir, doa, istighfar dan ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakannya.

Beramallah sesuai dengan anjuran Islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Esa, kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dalam berzikir dan berdoa ada masa-masa yang tertentu diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakhbulkan-Nya. alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita dengan berzikir dan berdoa kepada-Nya. Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yang tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita. Kerana insan yang berIMAN, dikala pagi ia bertasbih dan berdoa, dikala petang ia tetap dengan kerendahan jiwanya dengan berzikir kepada-Nya. Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yang Agung.

Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat."

Berdasarkan firman Allah ini setiap individu baik pemimpin rumahtangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir al-Ma'thurat. Dengan membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah ini bererti kita telah membentengi diri dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al-Ma'thurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Amat baik sekali jika setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam. Semoga kita sentiasa di bawah payung Rahmat Allah SWT. Amin Ya RAbbal 'Alamin...

Thursday, February 19, 2009

RFC 2 di SHAHAB PERDANA, Alor Setar Kedah



Hpa terus mengorak langkah demi perjuangan Ummah, Alhamdulillah sebuah lagi restoran kesukaan ramai berdiri teguh hasil dari kegigihan dan kesungguhan pejuang2 agama Allah.

Insyaallah RFC yang seterusnya akan di buka di beberapa tempat lagi seperti di:

Slide 20Pulau Pinang
Laguna Sungai Petani
Ipoh
Kulim
Pj
Bangi
Kluang
Kuantan
Kelantan
Kangar


Slide 20

Sunday, February 1, 2009

MARI BERSAMA-SAMA KITA LAKUKAN PERUBAHAN

RADIX COLA DAN SARSI menggantikan COCO COLA


RADIX FRIED CHICKEN menggantikan KFC






kepada yang berminat menjadi pengedar atau mendapatkan produk HPA,
sila hubungi: 013-4469580,019-4504243,019-5719577

marilah sama-sama membantu saudara seIslam di bumi Gaza...Sanggupkah melihat anak-anak sendiri diperlakukan seperti anak-anak kecil seperti gambar di atas sekiranya terus menyalurkan bantuan ke atas produk2 israel TIDAK MUSTAHIL perkara yang sama akan berlaku pada kita jika kita sendiri tidak menghentikannya AYUH! jangan tunggu lagi